Monday, August 27, 2018

Chicken Mushroom Puff

RESEPI CHICKEN MUSHROOM PUFF

Bahan dia x de sukatan tepat ye. Ikut suka je nak sediakan banyak mana.

1 tin cendawan butang / straw di hiris
2 ulas bawang putih cincang
Sayuran kalau suka
Sosej atau isi ayam
1 peket mushroom soup campbell
Sedikit susu cair atau air
Garam
Minyak

👉 Panaskan kuali, masukkan minyak, masukkan bawang putih, cendawan, sosej @ isi ayam, sayuran. Kacau2 dalam 3 minit, masukkan susu cair dan serbuk mushroom soup campbell atau boleh nak guna sos prego. Rasa dulu kemudian jika perlu tambahkan garam, tambahkan. Terpulang nak kering atau basah2 skit. Sy biarkan dia kering mudah nak sudukan atas puff pastry tu nnt.
👉 Beberapa keping puff pastry kawan brand.
Potong 4, susun atas tray yg di lapik baking paper.
👉 Sudukan inti atas puff pastry, kemudian ambik sekeping puff pastry tutup di atas inti tersebut. Ulang sampai habis.
👉 Panaskan oven, sy guna suhu 150 atas bawah. Ikut sesuai oven masing2 ye. Sy bakar selama 15min - 20min. Atau sehingga garing / masak. Bergantung oven masing2 ye.
👉 Saya sapu susu cair bahagian atas tu dan separuh sy tabur oregano di bahagian atas.

Tuesday, January 6, 2015

Pisang goreng rangup resepi hotel





PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur
air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

Monday, January 5, 2015

Serunding Ikan Bilis





BAHAN-BAHAN:

250gm ikan bilis | dibasuh dan ditumbuk
10 biji bawang kecil | dibuat goreng
200gm kacang tanah | digoreng
125gm cili kisar
1 sudu makan bawang merah | dikisar
1/2 sudu makan bawang putih | dikisar
125ml air asam jawa
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Apabila pecah minyaknya, tuangkan perahan air asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga kering seperti serunding.
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit bahan perasa. Gaul rata.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan.
6. Gaul bersama kacang dan bawang goreng.

Donut Lembut Gebu


Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan
500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 susu tepung (boleh guna 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (boleh guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Puding Susu Buah-buahan



Resepi Puding Susu Buah-Buahan .

Sedap makan sejuk-sejuk ni.

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail


Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.